KUALA LUMPUR – Selepas pelbagai spekulasi dilontarkan ke atas kerajaan berikutan kehilangan pesawat MH370, Angkatan Muda Keadilan (AMK) akhirnya mengakui penemuan serpihan pesawat MH370 oleh pasukan mencari baru-baru ini merupakan satu penemuan yang besar oleh pasukan itu.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penemuan itu secara tidak langsung akan menjadi semangat kepada pihak-pihak berkuasa termasuk di Malaysia untuk terus mempertingkatkan usaha dalam mencari pesawat tersebut.
“Saya menyeru kerajaan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsa untuk teruskan pencarian tanpa mengira penat lelah sehinggalah menjumpai serpihan pesawat MH370 serta jenazah penumpang dan anak kapal dapat dipulangkan ke pangkuan keluarga.
“Ini sememangnya suatu penemuan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi turut berharap penyelesaian yang jitu terutamanya dalam mendapatkan kata putus mengapa tragedi kehilangan pesawat MH370 boleh berlaku. - MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Xn56jAMNfsA