Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pendayaupayaan Sosial Belia Semasa...

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac 2020 yang lalu kini...

Indonesia Komited Tangani Isu...

JAKARTA – Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi memberi jaminan bahawa paradigma kerjasama akan...

31 Negara Sahkan Penyertaan...

LANGKAWI - Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa...

Bersih 4.0: 19 Februari...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini...

MH370: Anggota LIAM Bayar Tuntutan RM16.9 Juta

KUALA LUMPUR – Setakat Disember 2014, syarikat anggota Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah melunaskan bayaran tuntutan lebih RM16.9 juta kepada waris penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Dalam satu kenyataan hari ini, LIAM berkata, syarikat insurans hayat di Malaysia telah menjelaskan semua bayaran tuntutan terbabit.

Presiden LIAM, Toi See Jong berkata susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac tahun lalu, syarikat insurans hayat menyifatkan insiden sebagai kejadian luar biasa dan mengecualikan bukti dokumen kematian yang lazim diperlukan untuk memproses tuntutan.

“Sebanyak 185 polisi dikeluarkan oleh 14 syarikat insurans hayat di Malaysia termasuk AIA Bhd, Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, AmLife Insurance Bhd dan AXA Affin Life Insurance Bhd,” kata Toi.


Mengulas kenyataan Najib bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion disahkan daripada penerbangan malang itu, LIAM mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

“LIAM memuji usaha kerajaan serta 26 negara lain yang terlibat dalam operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori