Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pahang Tolak Tawaran Beraksi...

KUANTAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak tawaran untuk beraksi dalam...

PPS Tunggal Di Dungun...

KUALA TERENGGANU – Satu-satunya pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di Terengganu iaitu...

Kucing Beri Amaran Rumah...

SEPASANG suami isteri di Las Vegas, Amerika Syarikat berkata kucing yang dibela oleh...

Lima Maut Akibat Denggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kematian akibat wabak denggi dilaporkan di seluruh negara...

MH370: Keluarga Mangsa Dari China Tuntut Dibawa Ke Reunion

SEBAHAGIAN daripada keluarga penumpang warga China dalam kes MH370 hari ini menuntut agar mereka dapat di bawa ke Pulau Reunion, Perancis, iaitu lokasi serpihan sayap pesawat itu ditemui.

Tuntutan tersebut dibuat oleh kira-kira  30 anggota keluarga yang bertindak berkumpul di luar sebuah bangunan pejabat kerajaan berhampiran lapangan terbang utama Beijing.

Difahamkan, mereka berkumpul di situ dengan harapan dapat bertemu dengan pegawai dari Malaysia, namun tiada seorangpun yang dilaporkan hadir.

“Permintaan kami adalah untuk pergi ke Pulau Reunion dan melihat dengan mata sendiri,” kata Hu Xiufang, yang mempunyai tiga saudara, termasuk anak lelakinya di dalam pesawat itu.

“Semua ahli keluarga mangsa mahu ke sana.


“Malaysia adalah negara yang bertanggungjawab dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengumuman rasmi mengesahkan bahawa serpihan sayap yang ditemui di pulau terpencil itu adalah milik pesawat MH370. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori