Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

Polis Nafi Berita Konon...

SINGAPURA - Polis menyatakan khabar angin disebarkan secara talian mengenai Singapura yang mendapat...

Patti Burger Daripada Lalat,...

SETIAP tahun pada musim hujan, sekumpulan lalat akan berterbangan di sekitar Tasik Victoria...

Ahli Parlimen Saran Haramkan...

KETIKA beberapa buah negara Islam termasuk Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Pokomen Go, seorang...

MH370: Lagi Serpihan Ditemui, Kali Ini Bertulisan Cina & BM

OBJEK dipercayai bahagian daripada tingkap pesawat ditemui lagi di Pulau Reunion, lapor sumber berita Sky.

Walaupun masih di Reunion, objek tersebut ditemui di lokasi lain yang hampir dengan wilayah Saint-Denis selepas satu flaperon yang sudah disahkan serpihan pesawat Boeing 777 ditemui terapung di pantai di bandar Saint Andre, minggu lalu.

MH370: Serpihan Flaperon Sah Komponen Pesawat Boeing 777

Flaperon tersebut kini telah dibawa ke Perancis untuk menjalani ujian makmal.

Menurut wakil Sky David Bowden, meskipun objek tersebut belum dapat disahkan dari pesawat Boeing 777 mahupun MH370, terdapat tulisan Cina dan Bahasa Malaysia padanya.

Maka sekiranya benar serpihan itu datang dari MH370, kemungkinan besar ianya dari bahagian dalam pesawat.


Objek yang sudah diambil pihak berkuasa dan diletakkan dalam kotak itu dianggarkan berukuran 1 kaki (30cm) lebar.

MH370: Botol Plastik Produk China, Indonesia Di Pulau Reunion

Sabtu lalu, para petugas dari Malaysia telah dikejarkan ke Reunion untuk meninjau serpihan lain di kawasan tersebut selepas flaperon yang ditemui sebelum itu diyakini dari pesawat milik Malaysia Airlines yang hilang selepas membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke China, Julai tahun lalu.

Pakar penerbangan memberi komen, struktur serpihan yang ditemui di Reunion sememangnya mirip komponen pesawat Boeing 777 dan tak mustahil ianya kini terapung disebabkan tekanan udara pada strukturnya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=UIJ5A61K1sI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori