Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jimah East Power Capai...

PORT DICKSON — Projek pembinaan janakuasa elektrik Jimah East Power yang membabitkan kos...

Masjid Dititah Solat Hajat...

KUANTAN - Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan...

Ramai Tandatangani Petisyen Minta...

KUALA LUMPUR - Hampir 20,000 individu sudah menandatangani satu petisyen bagi menyarankan selebriti...

Pemandu Maut, Treler Muatan...

KOTA BHARU - Seorang pemandu treler maut tersepit manakala kelindannya cedera selepas kenderaan...

MMC Gamuda Terima Penarafan 5 Bintang Projek MRT

KUALA LUMPUR – MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd (MMC Gamuda) yang merupakan kontraktor utama bagi projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) menerima penarafan lima bintang bagi projek itu kerana memenuhi piawaian untuk keselamatan dan kesihatan pekerja (KKP) di tapak pembinaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata MMC Gamuda menerima sijil pengiktirafan selepas kementerian menerusi Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berpuas hati dengan penambahbaikan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja yang dilakukan MMC Gamuda, selepas JKKP melakukan pengauditan di bawah Model Penyeragaman Penguatkuasaan yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Model Penyeragaman Penguatkuasaan ini berkonsepkan kawalan risiko yang perlu dilaksanakan menurut kehendak akta, peraturan, amalan industri dan piawaian KKP yang ditetapkan JKKP.

“Sekiranya kawalan risiko tidak mencapai tahap yang memuaskan, pegawai JKKP akan mengambil tindakan sewajarnya antaranya mengelurakan notis pembaikan, notis pemberhentian kerja, kompaun dan pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan MRT di Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.


Beliau berkata piawaian KKP untuk kerja-kerja di tempat tingi dan kerja-kerja membabitkan konkrit akan digunakan untuk semua sektor pembinaan di negara ini terutama bagi kerja-kerja berkaitan konkrit yang melibatkan ‘formwork’ dan ‘falsework’.

Beliau menyeru para kontraktor pembinaan supaya menambah baik pengurusan KKP mereka dengan mengenal pasti, menyemak dan menilai semua risiko dalam projek pembinaan bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori