Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Selangor Telah Serah...

SHAH ALAM - PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan...

Himpunan Pembangkang Gagal, Rakyat...

JELI - Kegagalan pembangkang menarik ramai penyertaan dalam Perhimpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’...

MELCAT Bukti Ketelusan Pentadbiran...

MELAKA – Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Negeri Melaka...

Kes Culik: Isteri Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Isteri Tayudin Anjut, nelayan Malaysia yang diculik militan Abu Sayyaf,...

MPM Beri Tumpuan Cegah Denggi Yang Semakin Meningkat

MUAR – Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan menumpukan usaha bagi mencegah penularan wabak denggi di daerah ini yang semakin membimbangkan, kata Yang Dipertuanya Jamaludin A. Hamid.

Jamaludin berkata menurut Jabatan Kesihatan Daerah, statistik wabak denggi di daerah itu kini menunjukkan peningkatan kes melebihi 100 peratus berbanding beberapa tahun sebelumnya.

“MPM akan melaksanakan gerak kerja khas bagi membasmi penularan wabak denggi di beberapa lokasi yang bakal dikenal pasti sebagai kawasan panas ancaman wabak denggi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua MPM juga berikrar untuk meneruskan segala perancangan yang sudah diatur bagi memastikan usaha menjadikan Muar sebagai sebuah bandar lestari akan dapat dijayakan.

“Insya-Allah, saya akan memastikan usaha menjadikan Muar sebagai sebuah bandar mampan dan bersih akan diteruskan demi kesejahteraan bersama. Malah, usaha untuk mengekalkan aspek kebersihan ini juga akan dilakukan dengan lebih agresif,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori