Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kepelbagaian Latar Belakang Harus...

PASIR PUTEH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Kerajaan, MKN Kemuka Bantahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemukakan bantahan awal...

Bapa Curi Baju Sekolah...

PUTRAJAYA - Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan...

Konstabel Polis Patah Tangan...

IPOH - Seorang konstabel polis patah tangan selepas dirempuh penunggang motosikal dalam satu...

Muhyiddin Mengadap Sultan Johor Di Istana Bukit Serene

JOHOR BAHARU – Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Kenderaan membawa Timbalan Presiden UMNO itu dipercayai tiba di istana berkenaan kira-kira 3.30 petang tidak menerusi pintu masuk biasa, namun, kemudian dilihat beredar keluar membawa pemimpin berkenaan menerusi pintu masuk utama, kira-kira 4.35 petang.

Muhyiddin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Petang Ini

Muhyiddin yang diiringi isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman dilihat tersenyum dan sempat melambai tangan kepada media yang menunggu di pintu utama istana itu sejak 2 petang.

Turut kelihatan keluar dari istana itu sejurus kemudian ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.

Difahamkan, pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Difahamkan, Muhyiddin, yang juga bekas Menteri Besar Johor, diundang mengadap Sultan Ibrahim, namun, tidak diketahui kandungan pertemuan tersebut.

Wakil-wakil media yang menunggu di luar kawasan istana tidak dapat menghubungi pihak-pihak berkenaan.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin, Anggota Parlimen Pagoh, berada di Kluang bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori