Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Denda Pelumba Haram Naik...

GEORGE TOWN – Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman...

Ahli Parlimen Mengaku Main...

AHLI parlimen Britain, Nigel Mills mengaku bermain permainan popular Candy Crush dalam iPad...

Terbuka Malaysia: Kirthana Kecewa...

KUALA LUMPUR – Atlet lompat kijang kebangsaan R. Kirthana kecewa dengan prestasinya, walaupun...

Penyiasat Dedah Penemuan Baru...

THE HAGUE - Penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat MH17 akan mendedahkan penemuan...

Muhyiddin Nafi Dakwaan Mahu Tumbangkan Kerajaan

KLUANG – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau berhasrat mahu menumbangkan kerajaan.

Muhyiddin menegaskan, selaku orang nombor dua di dalam parti yang ditunjangi orang Melayu, adalah tidak munasabah dan tidak ada niat untuk beliau melakukan perkara itu sebaliknya akan terus membantu menegakkan kerajaan.

“Sejak bila saya mahu jatuhkan kerajaan. Dua hari selepas saya digugurkan daripada kabinet, saya tidak pergi ke mana-mana dan hanya duduk di rumah,” katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kluang, di sini hari ini.

Persidangan bahagian itu merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk terus membantu Najib mengukuhkan UMNO, dan pada masa yang sama akan tetap menyuarakan pandangannya demi kelangsungan parti itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori