Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tertembak Mati Rakan...

LUMUT - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena tembakan rakannya ketika mereka memburu...

UiTM Rehatkan Pensyarah Hina...

SHAH ALAM – Seorang pensyarah yang sebelum ini dikatakan menghina seorang pelajar B40,...

10 ADUN N.Sembilan Angkat...

KUALA PILAH - Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah...

Profesor British Tolak Anugerah...

LONDON - Ahli akademik British menolak anugerah berprestij Israel dan hadiah wang tunai...

Muhyiddin Nafi Terlibat Rancang Jatuhkan Kerajaan

SEMPORNA – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah terlibat atau merancang untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya tidak akan menjatuhkan kerajaan…saya tidak ada komplot untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata beliau tidak pernah bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selaku orang nombor dua dalam UMNO, katanya adalah tidak munasabah beliau berbuat demikian.

Sementara itu, Muhyiddin berkata mesyuarat perwakilan UMNO merupakan platform penting untuk anggota-anggota parti menyuarakan pandangan masing-masing bagi memperkukuhkan parti.


Beliau berkata mesyuarat tahunan itu dapat dimanfaatkan untuk mengutarakan pelbagai pandangan atau idea yang boleh memperkasakan lagi UMNO yang merupakan teras kepada kerajaan BN.

“Dalam forum ini kita dapat mengutarakan pandangan-pandangan yang kita anggap penting,” katanya.

Muhyiddin berkata suara daripada peringkat akar umbi amat penting untuk didengar oleh pucuk pimpinan kerana perjuangan UMNO bukan sahaja untuk anggota parti, tetapi untuk semua rakyat negara ini.- BERNAMA

Muhyiddin Masih Sedia Kerjasama Dengan Najib Demi Parti

https://www.youtube.com/watch?v=xUi9dBBCEF4

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori