Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Tabika Rugi RM1,850...

KUCHING – Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Belaga dekat Bintulu menjadi...

Bursa Gantung Dagangan Jualan...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia menggantung dagangan jualan singkat harian proprietari (PDT) dan...

Mangsa Keracunan Makanan Meninggal...

IPOH - Seorang mangsa keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah, dekat sini yang...

Sejuta Jemaah Wukuf Di...

MEKAH – Hampir semua jemaah dari seluruh dunia telah berada di Tanah Suci...

Muhyiddin Yassin Dijemput Sertai Bersih 4.0

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Surat jemputan itu dihantar oleh Gerakan Anak Muda Harapan Baru ke rumah kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur  pada pukul 11.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, surat jemputan itu tidak disampaikan terus pada tangan Timbalan Presiden UMNO berikutan Muhyiddin berada di luar negara dan hanya dimasukkan ke dalam peti surat kediamannya.

Menurut ketua penyelarasnya Mohd Sany Hamzan, Muhyiddin merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang diberikan jemputan rasmi.

“Kita berharap Tan Sri Muhyiddin akan menyertai orang ramai dalam perhimpunan yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini,” kata Sany Hamzan.


Sementara itu, pada Selasa, polis memaklumkan perhimpunan itu menyalahi undang-undang kerana penganjur gagal memenuhi notis kepada pihak polis.

Notis itu termasuk pelan butiran laluan dan lokasi yang terlibat, bagi membolehkan polis mengawal keadaan perhimpunan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori