Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Terap...

KUALA SELANGOR - Penjawat awam perlu menerapkan budaya 'Cari dan Bantu' dalam menjayakan...

MYCC Nilai Laporan Siasatan...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi pasukan khasnya sedang menilai laporan...

Adik Bongkar Kejadian Abang...

TERGAMAK seorang ayah membunuh anaknya sendiri hanya kerana lewat pulang selepas diarahkan membeli...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel di...

Mukhriz Mahathir Cadang Kerajaan Turunkan GST 3 Peratus

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menurunkan kadar semasa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada tiga peratus iaitu pengurangan separuh dari nilai asal yang diperkenalkan 1 April lalu.

Ujar beliau dalam persidangan DUN Kedah di Alor Setar hari ini, kadar tersebut harus dikekalkan selama beberapa tahun sehingga rakyat sudah terbiasa dengan caj yang dikenakan terhadap mereka.

BERKAITAN: GST: Peniaga Diberi Tempoh Hingga 24 Ogos

Memetik kenyataan beliau menerusi laporan The Malaysian Insider, “Saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk mengagihkan hasil daripada GST itu dengan negeri-negeri miskin seperti Kedah. Ia tidak pelik kerana diamalkan di Australia.”

Beliau turut mengharapkan agar usul yang dibuatnya itu dipertimbangkan oleh Putrajaya kerana ia dibuat berdasarkan rungutan dan aduan dari rakyat tentang bebanan yang terpaksa mereka tanggung akibat perlaksanaan cukai berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Video Kontroversi RM2.6 Bilion – Mukhriz Mahathir Sedia Terima Sebarang Kemungkinan 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori