Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Situasi Covid-19 Dalam Negara...

KUALA LUMPUR - Situasi penularan jangkitan Covid-19 dalam negara masih pada tahap genting...

Bekas Palapes UTM Tubuh...

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia...

Pemandu Treler Didakwa Sebabkan...

SUNGAI SIPUT - Seorang pemandu treler di hadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput...

China, ASEAN Ikrar Tingkat...

MANILA - China dan ASEAN pada Khamis secara rasminya melancarkan Tahun Pelancongan China-ASEAN...

Nahas Payung Terjun: Dua Maut Dekat Gunung Jerai

DUA lelaki dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut selepas payung terjun yang dinaiki mereka tersangkut pada pokok di tebing curam ketika menjalani latihan paragliding di Gunung Jerai, Kedah, tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mengakibatkan kedua-dua mangsa Mohd Hazlan Ismail, 32, yang bertugas sebagai Konstabel Sokongan Polis dan Liang Chong Kee, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

10maut.transformed_0

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.53 tengah hari dan tiba di lokasi pada 2 petang.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa telah berjaya dibawa turun dari pokok dan operasi membawa mayat menuruni kawasan cerun sedang dijalankan.

“Bomba terpaksa menggunakan tali untuk membawa mangsa turun dari tebing curam dianggarkan berketinggian 50 meter.


“Seramai 23 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani dan Guar Cempedak, di sini terbabit dalam operasi itu,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

https://www.youtube.com/watch?v=H4cG6u-yrxA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori