SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia berjaya menemui kesemua mangsa berjumlah 54 orang.
Walau bagaimanapun, memetik kenyataan Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) FHB Soelistyo, keadaan jasad mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak sempurna.
Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Akan Dibawa Ke Jayapura
Memetik kenyataannya menerusi laporan Detiknews, “Sekarang pukul 12.44 upaya evakuasi korban sudah ditemukan total 54 jenazah. Kondisi tidak utuh.”
Tambah Soelistyo lagi, jumlah tersebut termasuk penumpang dan kesemua anak kapal yang terlibat dalam nahas itu. “Kesimpulannya kru dan penumpang ditemukan semua.”
Dalam laporan Kompas pula, pesawat malang itu dilaporkan berada dalam keadaan hancur dan terbakar ketika ditemui.
Pada 28 Disember tahun lalu, tragedi nahas pesawat turut berlaku di Indonesia apabila pesawat milik AirAsia Indonesia, QZ8501 terhempat di laut Jawa akibat cuaca buruk lantas mengorbankan kesemua 155 penumpangnya. – MYNEWSHUB.CC
Senarai Nama Mangsa Nahas Pesawat Trigana Air
https://www.youtube.com/watch?v=7K9bswxBuoI