Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jurutera Didakwa Dera Anak...

GEORGE TOWN - Gara-gara memukul anak kekasih menggunakan pembaris kayu, seorang jurutera dihadapkan...

DAP Ajak MCA Tumbangkan...

KUALA LUMPUR - DAP mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan parti-parti komponen Barisan Nasional...

Video Kejar, Lapah &...

SATU klip video yang memaparkan seorang lelaki yang mengejar dan melapah anjing sebelum...

UMNO Tak Gentar Mukhriz...

ALOR SETAR - UMNO Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk...

Naib Presiden Eksekutif Maybank Calon PAP PRU Singapura

SINGAPURA – Ketika DAP di Malaysia giat cari anak Melayu untuk dijadikan calon ‘boneka’ Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, PAP – parti pengasasnya di Singapura sudah memiliki ramai calon berpotensi diketengahkan.

Trend meletakkan ‘muka’ Melayu terpaksa dilakukan susulan kajian pelbagai badan bebas mendapati sokongan pengundi Melayu terhadap parti pemerintah kurang positif di sebalik polisi ‘keras’ Singapura ke atas kaum itu.

Dasar diskriminasi PAP itu mengakibatkan masyarakat Melayu ‘menjauhkan’ diri daripada parti tersebut sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong melakukan rombakan jemaah Kabinet pada awal April lalu.

Ini menyaksikan buat julung kali dalam sejarah Singapura, kaum Melayu akhirnya mula mendapat tambahan seorang lagi menteri penuh, Masagos Zulkifli selepas Prof. Dr. Yaacob Ibrahim dalam Kabinet republik tersebut.

Peluang itu diambil kesempatan parti-parti pembangkang yang sering dirujuk media tempatan sebagai ‘Barisan Nasional Singapura’ untuk menyenaraikan ramai calon Melayu di kawasan PAP menang dengan majoriti kecil.

Mungkin ‘tersentak’ dengan senario itu, PAP kemudian sibuk memilih anak-anak Melayu sebagai calon bagi PRU kali ke-17 yang bakal diadakan selewat-lewatnya awal 2017 selepas kali terakhir berlangsung iaitu pada 2011 lalu.

Ketika PRU edisi ke-16 yang dianggap umpama ‘ibu segala pilihan raya’, pembangkang Singapura menang enam daripada 87 kerusi dipertandingkan; jumlah tertinggi dalam sejarah dan turut mengejutkan pelbagai pihak.

Justeru, sebagai persiapan awal PAP sejak awal Ogos mula menawarkan calon-calon Melayu dipertandingkan dalam PRU akan datang yang dilihat turut berpotensi besar menjadi penyandang jawatan dalam pemerintah.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Penganjur PAP, Dr. Ng Eng Hen sebagai mengulas langkah parti itu secara rasmi mengumumkan ramai muka baru dalam kalangan anak muda Melayu untuk menjadi calonnya.

Mereka termasuklah antaranya Saktiandi Supaat iaitu Naib Presiden Eksekutif di Maybank Singapura yang dicalonkan untuk bertanding dalam kawasan Group Representation Constituencies (GRC) Bishan-Toa Payoh.

Pakar ekonomi khususnya sektor kewangan yang berusia 42 tahun itu dan bapa kepada tiga orang anak, dia akan menggantikan Zainudin Nordin yang mengumumkan persaraan dalam arena politik di kawasan berkenaan.


Saktiandi menerima pendidikan di Raffles Institution sebelum meraih Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge yang berprestij dan pernah menjadi Timbalan Pengarah di Penguasa Kewangan Singapura.

Dia kemudian bertugas sebagai Ketua Kajian Pertukaran Mata Wang Asing di Maybank Singapura, sebuah institusi perbankan ternama milik kerajaan Malaysia dan disebut-sebut bakal mengisi jawatan dalam pentadbiran awam.

Sehingga hari ini, selain Zainudin, seorang anggota Parlimen Melayu/Islam sedia ada sekarang, Hawazi Daipi yang juga pemegang jawatan dalam pemerintah turut mengumumkan bersara daripada bidang politik Singapura.

Pada 1 Ogos lalu, PAP menamakan Shamsul Kamar, seorang guru dan bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar di Sekolah Menengah Spectra sebagai bakal calon PAP di GRC Aljunied yang dikuasai wakil pembangkang.

Dia turut menggantikan Kahar Hassan sebagai Pengerusi PAP Bahagian Kaki Bukit terletak di dalam GRC itu yang cukup terkenal bermasalah sebagai ‘lubuk’ antikerajaan pada PRU lalu selain kawasan Hougang dan Punggol East.

Sebagai transformasi berbanding 16 kali PRU lalu, calon baharu ujar Eng Hen, tidak lagi diperkenalkan di ibu pejabat PAP di Bedok, sebaliknya PAP memilih cara yang berbeza dan penuh simbolik untuk berbuat demikian.

Mereka diperkenalkan terus kepada masyarakat di premis tumpuan awam seperti dilakukan di sebuah kedai kopi untuk kawasan GRC Bishan-Toa Payoh, bukan lagi di dalam dewan komuniti yang selesa dan berhawa dingin.

Eng Hen yang juga Menteri Pertahanan Singapura berkata, perubahan itu mencerminkan mesej PAP bahawa inilah sebenarnya pengertian PRU iaitu bagi memilih wakil rakyat yang ‘boleh menjaga anda dan bandar anda’.

Presiden Singapura, Tony Tan dijangka sedia membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja dan seramai 2.46 juta warga republik itu bakal menjadi pengundi untuk PRU-17 pada kali ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori