Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Terima Laporan...

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru...

Cukai Pelancongan Tidak Jejas...

MELAKA - Pelaksanaan cukai pelancongan yang dijadual pada 1 Julai depan dijangka tidak...

Kini, Sesiapa Sahaja Boleh...

Kini sesiapa sahaja boleh membuka gereja: anda hanya perlu cari satu premis kosong,...

Pandelela, Nur Dhabitah Gagal...

KUALA LUMPUR - Skuad terjun Malaysia mungkin pulang dengan tangan kosong pada Siri...

Najib Akan Hadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura Esok

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura esok bagi menghadiri upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-50.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatan rasmi itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar itu, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah baik dan rapat.

“Kedua-dua negara komited meneruskan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pelaburan, sosial, pendidikan, pertahanan dan keselamatan selain hubungan antara rakyat dua negara,” katanya.


Pada tahun 2014, Singapura merupakan rakan dagang Malaysia kedua terbesar di peringkat global dan juga merupakan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN.

Jumlah keseluruhan perdagangan antara kedua-dua negara berjiran itu tahun lalu adalah sebanyak RM194.52 bilion (AS$59.5 bilion).

Tahun 2015 juga merupakan ulang tahun ke-50 sambutan jubli emas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori