KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat memuji bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sokongan beliau terhadap kepimpinan Najib selepas persaraannya.
Perdana Menteri berkata, Abdullah setelah bersara daripada bidang politik, telah menyokong penggantinya.
“Selepas bersara, beliau belajar untuk melepaskan,” katanya dalam ucap tama pada majlis penyampaian ijazah Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini hari ini.
Najib berkata, Abdullah telah melancarkan program tersebut 10 tahun lalu semasa beliau menjadi perdana menteri, dan apabila Najib mengambil alih tugas itu daripada Abdullah pada 2009, program berkenaan telah mencapai kejayaan yang besar.
“Saya bertekad untuk terus memacu program ini sebagai keutamaan negara,” katanya dan menambah dalam usaha untuk memberikan program itu kuasa yang lebih besar, beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC.
Abdullah merupakan perdana menteri Malaysia kelima dan berkhidmat dari 22 Mac 2003 hingga 3 April 2009. – BERNAMA