Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

23 ADUN Dijangka Menghadap...

SEMUA 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk...

RM55 Harga Untuk Sekeping...

Bukti bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang...

Khazanah: RM1.4B Diguna Ambil...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menggunakan RM1.4 bilion daripada RM6 bilion...

Selebriti Hilang Rumah, Lebih...

LOS ANGELES - Penyanyi Miley Cyrus dan Neil Young antara ratusan penduduk yang...

Najib Tiba Di Kuala Nerus Rasmikan Sambutan Hari Peneroka

KUALA NERUS – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pukul 9.15 pagi ini untuk merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di sini.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, barisan exco negeri dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dijangka akan menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda, selain Anugerah Khidmat Bakti kepada bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang.

Anugerah lain yang akan disampaikan ialah Anugerah Masjid Terbaik dan tokoh imam yang disenarai pendek daripada 265 masjid.


Lebih 10,000 peneroka Felda dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2015 kali ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori