Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Syamsul Yusof Menang Pengarah...

PENGARAH filem pecah panggung Munafik, Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai...

Dua Beradik Maut Dilanggar...

SUNGAI SIPUT: Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka dilanggar lari sebuah pikap...

Man City Pantau Penyokong...

LIVERPOOL - Manchester City memasang peralatan pengawasan berkualiti di bas pasukan menjelang kunjungan...

PM Jepun Salahkan Polis...

TOKYO : Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam menyalahkan polis yang disifatkan gagal...

Negara Hancur Jika Golongan Muda Terus Burukkan Kerajaan

BATU PAHAT – Usaha membina negara yang dilakukan pemimpin terdahulu dan sekarang akan hancur sekiranya golongan muda terus terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pihak memfitnah dan memburukkan kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata usaha membina negara adalah sama seperti membina sebuah bangunan yang mengambil masa lama untuk disiapkan tetapi mudah diruntuhkan dalam sekelip mata.

“Sekiranya generasi muda terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan sesetengah pihak untuk menjatuhkan negara, bagaimanakah usaha yang telah dilaksanakan sejak merdeka lagi akan berjaya.

“Bagaimanakah usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan melalui kepimpinan yang ada sekarang, dapat diterjemahkan sekiranya golongan muda tidak bersama-sama membina negara.

“Sesungguhnya generasi sekarang perlu memahami kerana mereka akan menjadi pelapis dan pewaris kepimpinan masa hadapan,” katanya pada majlis saingan akhir pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015 di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Jailani berkata, satu daripada elemen penting untuk membangunkan negara ialah golongan muda harus memahami fakta sejarah dengan tepat dan sahih daripada golongan terdahulu seperti ibu bapa.


Dari situ, mereka akan mengetahui bagaimana susah payah pemimpin membangunkan negara dan bagaimana kehidupan ibu bapa kita pada masa dahulu, katanya.

Dalam pertandingan bertemakan ‘Malaysia #sehatisejiwa’ itu, pelajar undang-undang, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, 26, dari Kuala Lumpur diumumkan sebagai johan, manakala tempat kedua dimenangi Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, 24, dari Pahang dan ketiga Ghazali Mat Zain, 38, dari Kelantan.

Kemenangan itu membolehkan Mohd Ikhwan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala pusingan dan sijil penyertaan manakala Nurul Afifah menerima RM2,000 dan Ghazali RM1,000.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu terbuka kepada orang awam berumur 18 tahun ke atas, bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai dasar negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Modal Insan Pemangkin Ke Arah Negara Maju. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Belia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori