Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerana Percayakan ‘Inspektor Fazura’,...

MIRI - Kerana percaya kepada seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai “Inspektor Fazura”,...

Saifuddin, Zambry, Tengku Zafrul,...

KUALA LUMPUR : Empat daripada 28 Jemaah Menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan...

Guan Eng Bongkar Rahsia...

KEMENTERIAN Kewangan mendakwa menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4...

3 Lelaki Malaysia Antara...

SINGAPURA - Tiga lelaki Malaysia adalah antara 17 kes import baharu COVID-19 yang...

Nenek 70 Tahun Seronok Jadi Penari Tiang Di China

grandma-poledancer4

SEORANG warga emas atau nenek yang berusia 70 tahun ini telah menjadi sensasi internet di China kerana minatnya dalam aktiviti tarian tiang.

Berbeza dengan aktiviti kebiasaan yang dilakukan kebanyakan orang tua, nenek yang dikenali sebagai Dai Dali dan berasal dari Chengdu, wilayah Sichuan ini sering membuat latihan tarian tiang di dalam biliknya sendiri.

Mula berjinak-jinak dengan tarian tersebut sejak 4 tahun lalu, kini Dai Dali mampu membuat gerakan yang tidak mampu dilakukan oleh segelintir anak muda sendiri.

grandma-poledancer7

grandma-poledancer6

grandma-poledancer2

Wanita hebat itu juga pernah menyertai beberapa pertandingan serta menjadi juara sebuah pertandingan tarian tiang di negaranya.


Gambarnya bergayut serta berpusing di atas tiang besi telah menjadi viral serta mendapat perhatian netizen yang langsung tidak menyangkakan kehebatan bakat yang dimiliki warga emas itu.

grandma-poledancer5

Dai Dali berharap masyarakat akan mula menyedari keunikan serta kelebihan menari tiang ini.

“Ia adalah satu tarian dan bukannya tarian lucah. Seluruh ahli keluarga saya menyokong tindakan saya ini.

“Saya mahu buktikan usia bukan penghalang sekiranya kita lakukannya secara berterusan,” katanya kepada sumber. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

grandma-poledancer8

grandma-poledancer9

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori