Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saman Gagal Pamer Cukai...

PETALING JAYA : Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan...

680 Warga China Ditahan,...

JABATAN Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China...

Mukhriz Dahului Senarai 602...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului...

Waytha Moorthy Diberi 7...

SUNGAI PETANI - Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Menteri di Jabatan Perdana...

Netizen Kesal Pemimpin BN Sokong Himpunan Bersih 4.0

SUDAH terang lagi bersuluh agenda perhimpunan haram Bersih siri ke-4 ini jelas didalangi ideologi pihak pembangkang dan sekutunya untuk menjatuhkan serta menggulingkan pihak kerajaan sekarang.

Walaupun dibantah, perhimpunan jalanan tersebut masih mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang mendakwa seramai lebih 60 ribu orang konon telah membanjiri ibu kota bagi merealisasikan acara berkenaan.

Tidak pasti sama ada ura-ura itu sengaja direka-reka bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perhimpunan itu sebenarnya satu pencapaian serta kejayaan kerana berjaya menarik perhatian orang ramai.

BERS

Kononnya mahu menegakkan keadilan saksama namun perhimpunan Bersih yang sebelum ini pernah dijalankan itu jelas memberi gambaran serta tanggapan negatif daripada negara luar termasuk pelancong yang datang.

Ironinya, seorang bekas pemimpin Barisan Nasional (BN), Saifuddin Abdullah yang juga pengerusi Pergerakan Kesederhanaan Global, turut memberi galakan dan sokongan terbuka kepada penganjur Bersih 4.0 itu.

Entah kenapa dan siapa sebenarnya yang beliau mahu memberi sokongan. Jelas perbuatannya itu boleh diibaratkan seperti lalang yang ditiup angin kerana terang-terang menyokong pihak lawan.

Menerusi laman makro twitternya, Saifuddin telah memuat naik satu status yang dilihat menyokong serta menggalakkan perhimpunan yang tidak sah itu dijalankan.

Rata-rata netizen yang menentang perhimpunan tersebut turut berasa kesal serta kecewa dengan tindakannya yang tidak menggambarkan Saifuddin mengetuai sebuah organisasi yang mempromosikan kesederhanaan.


WM11

WM12

Walau bagaimanapun, mungkin beliau hanya menyuarakan pendapat dan pandangan peribadinya. Beliau mungkin mahukan perhimpunan itu berjalan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Seperti sedia maklum, jika mana-mana pihak yang menentang serta tidak suka dengan sistem mahu pun dasar sesebuah kerajaan, maka cara untuk mengubahnya adalah melalui peti undi, bukanlah demonstrasi di jalanan.

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 menentang Nasrudin Tantawi yang mewakili calon Pas di kawasan Parlimen Temerloh.

Bagaimanapun bekas pemimpin UMNO itu tewas secara mengejut kepada pesaingnya itu dengan jumlah majoriti 1,070 undi. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=XYPhxJb1hqc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori