Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Millah Abraham: Pengusaha Bengkel...

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di...

Who Discovered the Cell...

Because so several article subjects are delegated over and above, we now have...

DAP Digesa Laksana Pembangunan...

GEORGEĀ TOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang diminta supaya melaksanakan pembangunan secara terancang...

Anak Malaysia Menang Dota...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan atlit sukan elektronik (e-sport) dari Malaysia mencatat sejarah apabila...

NGO Pro Pembangkang Pelawa Tun M Sertai Demo

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan menentang kerajaan, BERSIH 4 dari 29 hingga 30 Ogos ini.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S.Barathidasan berkata, pihaknya turut menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Datuk Seri G.Palanivel untuk menyertai perhimpunan itu.

“Setiap rakyat Malaysia yang mengambil berat harus di luar sana (menyertai BERSIH 4) pada 29 hingga 30 Ogos ini. Kita tidak boleh duduk sahaja, Mahathir , Muyiddin, Gani Patail, Shafie Apdal dan Palanivel perlu menyertai perhimpunan ini untuk melindungi negara.

“Rakyat perlu berarak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Parti pembangkang dan beberapa NGO dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4 di ibu negara pada bulan ini bagi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. -ƃā€šĆ‚Ā MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori