DALAM satu kenyataannya, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan seperti dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos depan.
Katanya lanjut, beliau bersangka baik dengan penganjuran perhimpunan sedemikian dan kerajaan sentiasa terbuka mengenainya.
PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara
Memetik kenyataannya dalam laporan The Rakyat Post, “Saya bersangka baik dengan demonstrasi sehinggalah berlakunya kejadian atau kekacauan yang mana polis terpaksa ambil tindakan tegas.
“Sekiranya penganjur hendak jalankan demonstrasi ini dan tak dapat kawal maka polis akan bertindak yang mana saya rasa Bersih kena ambil tanggungjawab.”
Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu mesyuarat di Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), semalam. Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat.
Perhimpunan Bersih yang bakal dianjurkan untuk kali keempat, akan dibuat pada skala yang lebih besar hujung bulan ini apabila ia turut dirancang diadakan di Sabah dan Sarawak selain di Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC
Dilantik Sertai Kabinet, Nur Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi PAC