Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Perjelas Isu...

SUSULAN tragedi menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal...

DAP Terang-Terangan Nak Singkirkan...

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng terang-terangan mendesak agar PAS disingkirkan daripada Pakatan...

Siasatan RM2.6 Bilion Dan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan ke atas...

Puad Jawab Alasan TPM...

TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai...

Nyanyian Lagu ‘Tak Seindah Wajah’ Mukhriz Tarik Perhatian

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ternyata mempunyai cara tersendiri apabila memilih menyampaikan mesej menerusi nyanyian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Subang.

Tindakan Mukhriz dengan memilih lagu Tan Sri S M Salim berjudul Tak Seindah Wajah ini sekali gus menarik perhatian ramai dan menerima tepukan daripada perwakilan.

Lirik lagu Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
di manis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
di pentas dunia insan berpura
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda

 

Bait-bait lirik lagu ini jelas mempunyai makna mendalam yang cukup tersirat untuk diterjemahkan. Apa yang pasti, lagu lama ini mempunyai mesej pengajaran tertentu.


Sejurus menyanyikan lagu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam ini kemudian menamatkan ucapan dan merasmikan persidangan tersebut.

Jika difikirkan, tindakan Mukhriz menyanyi boleh dianggap perkara biasa namun melihat perkembangan yang berlaku kini, ia menarik perhatian ramai.

Tambahan pula, semua maklum, bapanya iaitu mantan Perdana Menteri Tun Mahathir merupakan pengkritik tegar kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga terlibat dalam satu video viral iaitu bersama Muhyiddin berbual berhubung dana dalam akaun perdana menteri.

– MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori