AKIBAT meletakkan kereta ditempat yang tidak sepatutnya, sebuah kereta mewah telah dijadikan mangsa kemarahan orang ramai apabila keretanya telah ditabur daun kering dan tong sampah gara-gara menghalang laluan masuk/keluar kenderaan lain.
Melalui info yang diperolehi, kejadian berlaku di Hospital Putrajaya ketika ketika pemilik kereta Porche itu ke hospital berkenaan untuk melawat adiknya yang dimasukkan ke wad.
Dikatakan, pemilik kenderaan berkenaan yang merupakan wanita Cina mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya seketika di laluan masuk ke kawasan letak kereta bahagian atas berhampiran dengan Dewan Bersalin.
Malangnya tindakkan tidak bertanggungjawabnya itu telah membuatkan pengguna lain menghadapi kesukaran dan terpaksa menggunakan laluan alternatif.
Sebagai info, sekiranya tiada tempat letak kereta di kawasan Hospital Putrajaya, anda boleh meletakkan kereta di kawasan yang telah disediakan iaitu di ruang parkir Stesen Terminal Putrajaya tanpa sebarang bayaran dikenakan.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqÂÂ