Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trend Gugur Kes, Mungkin...

KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan...

Sasaran 50,000 Individu Bebas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berikhtiar melepaskan kira-kira 50,000 individu daripada status bankrap...

Kumpulan Halang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ ) menyifatkan kumpulan yang mengganggu konvoi...

Polis Sabah Rampas Lebih...

TAWAU - Polis Sabah merampas lebih lima kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM360,000...

Para Peserta Bersih Membanjiri Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Polis mungkin telah menyekat laluan menuju Dataran Merdeka tetapi ia tidak menghalang ribuan penunjuk perasaan Bersih membanjiri venue bersejarah itu.

Mereka bergerak dari Brickfield, Menara Maybank di Puduraya, kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Seni di Jalan Hang Kasturi dan Masjid Negara.

Walaupun bilangan penyokong PAS yang berhimpun di Masjid Negara tidak ramai berbanding yang dijangka setakat pukul 5 petang, para peserta perhimpunan kesemuanya dianggarkan kira-kira 25,000 orang, menurut ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

Jumlah mereka dijangka meningkat berikutan ketibaan lebih ramai penyokong demonstrasi di lima tempat permulaan perhimpunan sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Beberapa pemimpin pembangkang turut berucap dalam perhimpunan itu termasuk anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang menggesa para penunjuk perasaan menggunakan tempoh dua hari perhimpunan itu sebagai gerakan memaksa kepimpinan tertinggi kerajaan meletakkan jawatan.

“Kita tidak boleh menunggu untuk pilihan raya,” kata bekas pengarah pilihan raya PAS itu.

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dari DAP turut menyampaikan mesej yang sama dengan menghasut para penunjuk perasaan menentang kerajaan.


Para pemimpin pembangkang turut hadir termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan pemimpin Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu.

Perhimpunan yang diisytiharkan tidak sah oleh polis turut menyebabkan kesesakan yang teruk di sekitar bandar raya.

Bersih 4 dianjurkan kumpulan pembaharuan pemilih Bersih 2.0 yang mendakwa memperjuangkan antara lainnya pilihan raya bersih dan adil dan kerajaan yang bersih.

Perhimpunan itu telah dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=zusb6WqXhGY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori