Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga Siling RON95 RM2.05,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan had harga siling petrol RON95 dan diesel...

Selangor Catat IPU Tidak...

KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak...

TNB Terus Komited Bantu...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited memberi bantuan kepada pelajar...

Harga Barang Bakal Naik...

KUALA LUMPUR - Harga barang di pasaran dijangka meningkat susulan peningkatan kadar gaji...

PAS Panggil Yusof Al-Qaradawi Tangani Isu GHB

KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd. Misbahul Munir Masduki mencadangkan supaya ulama tersohor dunia, Prof Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi dipanggil bagi membantu menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kata beliau, Yusuf boleh membentuk Majlis Tahkim bagi menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan yang timbul antara GHB dengan PAS.

“Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan GHB.

“Ulama tersohor seperti Yusuf adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohd. Misbahul berkata, penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa seperti itu diperlukan kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran jamaah Islam.

Katanya, situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidak kronik dengan persengkataan politik dunia luar.

“Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak menguntungkan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori