Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: Gambar Jemput Buka...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu gambar dan kapsyen blogger kontroversi...

Hock Kai Tan –...

Oleh Hock Kai TanDua orang boleh melihat keadaan yang sama dengan cara yang...

Jumlah Korban Akibat Banjir...

BEIJING – Angka korban akibat banjir lumpur yang melanda Sierra Leone pada 14...

Disuruh Cuci Tandas, ‘Pejuang’...

MUMBAI – Seorang pemuda yang beria-ia untuk berjihad dengan kumpulan militan negara Iraq...

PAS Perak Rayu Menteri Besar Jadi Presiden PAFA

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak kesal dengan prestasi pasukan bola sepak negeri itu kerana mencatatkan 10 rekod kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini.

Ketuanya, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, DPP Perak mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin meletak jawatan dan pengurusan persatuan itu dirombak semula.

“PAS Perak mendesak agar pengurusan dirombak dan Zainol Fadzi digantikan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

“Presiden dan pengurusan Perak FA yang baharu diharap mampu mencari lebih banyak penaja dalam menghadapi cabaran Liga Super akan datang yang khabarnya akan diswastakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari in,.


Mohd. Akmal turut mempertikaikan kepimpinan Zainol Fadzi dalam Pafa tiada trofi kemenangan yang diperolehi Perak sepanjang beliau menjadi Presiden Pafa.

“DPP Perak bersedia memberi kerjasama kepada Pafa dan mengharapkan kebangkitan ‘The Bos Gaurus’ menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang terutamanya dalam kempen Piala Malaysia 2015,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori