Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Korea Puji Pusat...

BAGAN DATUK – Sekumpulan pelajar dari Korea Selatan memuji usaha kerajaan Malaysia mewujudkan...

KPN Arah Siasat Pemilik...

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu...

Elak Gosip, Adi Putra...

SETELAH beberapa kontroversi melanda, Adi Putra mengumumkan hasrat untuk mengundur diri dari dunia...

Pemain Prestasi Hambar Boleh...

KUALA LUMPUR – Pemain negara yang tidak berminat dan enggan berusaha keras boleh...

Pasukan Menyelamat Ke Lokasi Nahas Pesawat Trigana Air

JAYAPURA (Indonesia) – Pasukan menyelamat digerakkan ke lokasi nahas pesawat di timur Indonesia pada Isnin selepas penduduk kampung menemui bangkai pesawat penumpang yang hilang bersama 54 orang.

Agensi mencari dan menyelamat berkata, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air terputus hubungan pada pukul 3 petang waktu tempatan pada Ahad selepas berlepas dari Jayapura, di wilayah Papua.

Menurut agensi itu, pesawat jenis ATR 42-300 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima anak kapal itu sepatutnya dijadualkan tiba ke destinasi selepas penerbangan selama 45 minit.

Bagaimanapun, pesawat itu hilang kira-kira 10 minit sebelum tiba ke destinasinya di Oksibil, penempatan terpencil di kawasan pergunungan Jayapura, sejurus selepas ia meminta kebenaran untuk mendarat.

Menurut pegawai, penduduk kampung di daerah Okbape di Papua sebelum ini dilaporkan melihat sebuah pesawat terhempas.

Kementerian Pengangkutan kemudiannya memberitahu bahawa penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.


“Pesawat telah ditemui (oleh penduduk kampung). Menurut penduduk, pesawat itu telah terhempas di kawasan pergunungan,” kata ketua pengarah bagi pengangkutan udara, Suprasetyo.

Beliau berkata, kumpulan pegawai masih sedang membuat pengesahan maklumat daripada penduduk tempatan.

Difahamkan, tiada maklumat mengenai sama ada terdapat mangsa yang terselamat.

Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk polis dan tentera digerakkan ke lokasi nahas secepat mungkin pada Isnin, kata jurucakap kementerian pengangkutan, J.A Barata. – AFP/mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=p2V9QzS4dh4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori