Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Singapura Naik Had Guna...

SINGAPURA - Pemerintah Singapura bakal menaikkan had penggunaan duit syiling tempatan sehingga 1,850...

Dihentam Ketiak Hitam, Coco...

JIKA dahulu remaja perempuan ini cukup 'popular' selepas videonya bercakap dengan accent mat...

Kes Pelajar Dihalau Pakai...

HEBOH terutama di portal-portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar...

Derma Darah Bantu Negeri...

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) hari ini menggesa orang ramai supaya...

PBNJ Resah Bilangan Penonton Stadium Larkin Berkurangan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berasa bimbang bilangan penonton di Stadium Larkin yang semakin berkurangan akan menjejaskan tajaan yang diperoleh bola sepak negeri itu daripada sektor swasta.

PBNJ dalam satu kenyataan berkata, situasi itu menyebabkan pelaburan besar dibuat PBNJ dalam aspek infrastruktur termasuk pembinaan stadium baharu tidak berbaloi untuk diteruskan.

“Kemerosotan jumlah kehadiran penyokong ke stadium bagi menyaksikan perlawanan terutamanya membabitkan perlawanan di halaman sendiri bakal memberi kesan kepada pasukan bola sepak.

“Antara kesan utama ialah kehilangan penajaaan dari syarikat gergasi yang sememangnya memerlukan perkara yang mampu menarik ramai pandangan umum terhadap jenama dan produk mereka.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak ada gunanya PBNJ membina stadium baru seandainya jumlah kehadiran penyokong akan terus berkurangan seperti perlawanan baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.


PBNJ dalam pada itu berkata, penyokong bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sering mengharapkan pembangunan bola sepak yang setaraf pasukan luar negara dengan infrastruktur dan prasarana yang terbaik serta pelbagai lagi permintaan terhadap PBNJ.

Jelas PBNJ, perkara tersebut melibatkan kos yang tinggi bagi pihak persatuan tetapi dengan kehadiran penyokong ke stadium pastinya dapat membantu serba sedikit sumber kewangan serta dana yang diperlukan.

“Persoalannya, adakah apabila stadium baru serta segala fasiliti yang akan disiapkan dengan kos yang tinggi, stadium masih lagi akan kosong? Keperluan dari segi sumbangan kepada persatuan harus turut dibantu dengan kehadiran penyokong ke stadium,” kata PBNJ. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori