Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gaza Semakin Terhimpit, Israel...

BAITULMAQDIS - Israel mengetatkan sekatan di Semenanjung Gaza semalam sebahagiannya ekoran layang-layang bawa...

Anwar Arah Menteri Pendidikan...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan...

Kembara Proton 1-Tangki Sasar...

BUTTERWORTH - Seramai 36 peserta Kembara Proton Satu-Tangki 2018 meneruskan kembara ke destinasi...

TMJ Sindir Khairy.. Suruh...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail kelmarin meminta Menteri...

Pegang Teguh Slogan Hari Kebangsaan ‘Sehati Sejiwa’ – Idris Haron

ALOR GAJAH – Rakyat perlu berpegang teguh pada slogan sambutan Hari Kebangsaan ke-58 iaitu ‘Sehati Sejiwa’ dalam menghadapi pelbagai cabaran dan serangan ke atas negara pada masa ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata slogan yang menerapkan semangat bersatu bersama menghadapi segala mendatang itu mampu menangkis segala serangan terutamanya dari media sosial yang boleh menghancurkan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang latar belakang di negara ini.

“Fitnah di media sosial kini seolah-olah meresap dan mencipta satu kekeliruan dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi yang seterusnya akan menyebabkan emosi kurang yakin rakyat kepada kepimpinan, ekonomi dan sosial negara sedia ada.

“Kalau semua rakyat berpegang kepada tapak yang sama iaitu sehati sejiwa, tidak ada mana-mana kuasa termasuk media sosial mampu untuk menjajah dan mengacau-bilaukan perpaduan yang kita hadapi kini dalam apa bentuk sekali pun,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Terdahulu beliau melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka di Dataran Keris di sini yang turut dihadiri kira-kira 1,000 rakyat negeri ini.


Idris berkata pemilihan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 iaitu ‘Sehati Sejiwa’ bertepatan dengan keadaan semasa negara dan memandu rakyat agar bertindak dengan sebaiknya dalam usaha mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.

“Apa yang telah dikecapi pada hari ini adalah amanah kita kepada generasi akan datang dan pastinya mereka mengharapkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan ini dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata masyarakat perlu melihat kepelbagaian yang ada dalam kalangan masyarakat di Melaka dan negara ini sebagai satu kekuatan yang seharusnya memperkukuh semangat perpaduan sedia ada. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori