Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kutipan Zakat Harta Melaka...

MELAKA - Melaka mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta 5.6 peratus dengan jumlah keseluruhan...

134 Pelajar UUM Terima...

SINTOK - Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah...

Kenyataan Didakwa Fitnah: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir...

Altimet Sah Tetap Tinggal...

SIAPA yang tidak kenal dengan komposer dan penyanyi, Altimet yang pernah popular dengan...

Peguam Kemuka Surat Representasi Ke Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Penganggur yang didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapnya.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, berkata demikian ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mohd Khairul Azam memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkannya mengemukakan representasi itu.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.


Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori