Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Biro Politik UMNO...

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Biro Politik UMNO masih berjalan dengan membincangkan pelbagai perkara,...

“DAP Pun Sokong Islam?”...

KUALA LUMPUR - "Semua kata sokong Islam. DAP pun sokong Islam," kata Ahli...

Tak Boleh Jalan Jauh,...

PENGARAH filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid menjelaskan dia kini masih menerima rawatan...

6 Beg Berisi Mayat...

JAKARTA - Enam beg berisi mayat penumpang pesawat Lion Air JT610 terhempas di...

Pekebun Kecil Getah Disaran Optimumkan Tanah Di Sekeliling Rumah

KANGAR – Pekebun kecil RISDA yang terjejas akibat kejatuhan harga getah disaran mengusahakan tanah di sekeliling rumah mereka dengan menanam sayur-sayuran untuk menambah pendapatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar dan Kesihatan Perlis, Jafperi Othman berkata walaupun akan terus disalurkan bantuan, mereka juga harus berusaha lebih dan satu cara ialah mengoptimumkan tanah di sekeliling rumah dengan tanaman yang boleh dijual.

“Kejatuhan nilai ringgit, telah menjejaskan eksport komoditi itu dan harganya yang rendah amat menyukarkan pekebun kecil. Kerajaan negeri berharap RISDA akan melakukan transformasi untuk membantu golongan pekebun kecil getah,” katanya.

Jafperi yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Generasi Muda Pekebun Kecil RISDA Perlis di sini, petang semalam yakin pekebun kecil getah RISDA mampu menjadi usahawan berkaitan industri desa dengan bantuan RISDA.


Katanya 20 orang generasi kedua pekebun kecil getah di Perlis diberi bantuan sebanyak RM10,000 untuk mengusahakan pelbagai bidang keusahawanan industri desa.

Pada majlis itu Jafperi menyampaikan sijil penghargaan Usahawan Muda Pekebun Kecil Negeri Perlis kepada tiga usahawan muda dalam bidang ternakan lebah kelulut, bengkel motosikal dan kimpalan besi. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori