Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KKM Mohon Maaf Kekeliruan...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf kepada orang ramai berhubung kekeliruan...

8 Polis Terbunuh Dalam...

NAIROBI - Lapan pegawai polis terbunuh, sementara 12 anggota yang lain masih hilang...

Pembuli Gantung Sekolah Setahun...

KUALA LUMPUR - Cadangan menggantung persekolahan selama setahun terhadap pembuli memerlukan perbincangan mendalam...

Jalan Sultan Ismail Ditukar...

Kuala Lumpur : Jalan Sultan Ismail, di sini, akan ditukar menjadi laluan dua...

Pekerja Kilang Maut Dihempap Mesin Sabun

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap mesin memproses sabun di sebuah kilang Cyberjaya, semalam.

Kejadian kira-kira 11.42 pagi itu, mengakibatkan mangsa, Mohammad Mohasin, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa ketika itu sedang sibuk mengalih dan mengangkat peralatan kilang.

Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan Azmi Sadon mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Azmi, pihaknya tiba di tempat kejadian pada jam 12.03 tengah hari selepas menerima laporan pada jam 11.42 pagi.


“Difahamkan kilang membuat sabun itu akan berpindah ke lokasi baru menyebabkan pekerja termasuk mangsa sibuk mengalih dan mengangkat peralatan kilang.

“Tanpa diduga, sebuah mesin terjatuh lalu menghempap mangsa,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori