Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Bakar Anak Hidup-Hidup...

HANYA kerana berbeza keturunan, seorang ibu sanggup membunuh anak gadisnya dengan membakar gadis...

FIFA Kagum Gol Safawi

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan...

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual...

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa...

30 Nama Mulia Sebagai...

DUA bulan lalu, kecoh mengenai: Bagaimana kata Hello mula diucapkan dalam kod perhubungan...

Pelajar Universiti Sertai Bersih 4.0 Boleh Dikenakan Tindakan

ARAU – Pelajar universiti yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut akta dan prosedur universiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti-Universiti Awam Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

Beliau berkata tindakan yang boleh diambil antaranya digantung pengajian atau dibuang daripada universiti.

“Pelajar sewajarnya mengelak diri mereka diperalatkan oleh pihak- pihak tertentu atau pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, sebaliknya menumpu pada pengajian,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pembabitan pelajar universiti dalam perhimpunan itu.

Kementerian Dalam Negeri semalam mengeshkan Bersih 4.0 yang merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad ini adalah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Kamarudin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menasihati pelajar supaya merujuk kepada universiti masing-masing untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka jika menyertai demonstrasi jalanan seperti Bersih 4.0.


Katanya pelajar UniMAP sejak awal lagi diingatkan dan dilarang menyertai sebarang demonstrasi yang berunsur politik.

“Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP telah diarahkan sentiasa memberi maklumat berkaitan sebarang perhimpunan dan senario yang berlaku dalam negara serta memantau dan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar akta universiti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori