Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ayat Mengorat Paling...

"CITA-CITA saya hanya satu cikgu.. cita-cita saya hanya untuk memenuhi cita-cita Hawa.." kata Yu.Pergh... nampak...

The Sun Mohon Maaf...

Akhbar harian The Sun hari ini telah menarik balik laporan beritanya yang memetik...

MH370: Pegawai Trafik Udara...

KUALA LUMPUR - Pegawai trafik udara yang bertugas semasa pesawat Malaysia Airlines MH370...

Perbelanjaan Keluarga PM Ke...

MALU melihat lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab...

Pelajar UTeM Reka I-Sajadah Bantu Ingatkan Rakaat Solat

TIDAK dinafikan, sebagai umat Islam ada kalanya pernah mengalami masalah terlupa pada rakaat ketika solat.

Melihat situasi yang berlaku ini, dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) mendapat idea bagi mengatasi masalah itu dengan mencipta inovasi terbaharu iaitu sejadah yang boleh bantu mengira rakaat solat.

71439622191_freesize

Sejadah unik ini sekali gus diharap dapat membantu meningkatkan konsentrasi dan kualiti ibadah umat Islam ketika mendirikan solat.

Rekaan yang diberi nama I-Sajadah ini dikatakan terbahagi kepada tiga bahagian; bahagian kepala, lutut dan kaki dan setiap daripadanya dilengkapi dengan silicone rubber key yang mengandungi pengesan.


Selain itu, sejadah pintar ini mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahagian Paparan, Pengawal Mikro (Microcontroller) dan Gelang Isyarat Rakaat.

Baca: Unik Lelaki Turki Cipta Sejadah Bercahaya Bila Arah Kiblat Tepat

51439622142_Sejadah

Cara penggunaannya sangatlah praktikal di mana sekiranya terlupa pengguna hanya perlu mengangkat kaki kanan sedikit dan Bahagian Paparan akan menunjukkan kiraan rakaat selama lima saat.

Rekaan unik ini sedang dipertandingkan dalam Pertandingan DreamCatcher 2015. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori