Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Barangan Keperluan Musim Perayaan...

RAUB – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang memberi jaminan...

Syarikat Luar Dapat Pacu...

KUALA LUMPUR - Berita mengenai semua syarikat yang membida untuk menjadi rakan strategik...

Rayani Air Jawab Tohmah...

PUTRAJAYA - Selepas 'dihentam' pelbagai tohmahan jahat oleh segelintir bukan Muslim dan Parti...

Jangan Gunakan RUU 355...

OLEH: Zainal Rashid Ahmad DALAM kaedah fekah, terdapat teras kaedah pemikiran yang strategik dan...

Peletakan Jawatan AJK PAS Kawasan Boleh Diganti Pemimpin Baru

SHAH ALAM – Peletakan jawatan anggota jawatankuasa (AJK) PAS peringkat kawasan bukan perkara serius bahkan mereka boleh diganti dengan kepimpinan baharu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak akan memandang remeh isu sedemikian dan tetap akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani sebarang permasalahan dalaman berkaitan parti itu.

Menurut Nasrudin, dakwaan pihak tertentu yang mengatakan ada cawangan PAS di beberapa kawasan terbubar akibat peletakan jawatan itu adalah tidak benar kerana hanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang berhak berbuat sedemikian.

“Pada pendapat saya, pemimpin datang dan pergi…walaupun mereka (AJK kawasan) meletak jawatan, masih ramai lagi individu lain bersedia untuk berkhidmat.

“Malah, selepas pemilihan Muktamar PAS pada Jun lepas, kita sudah luluskan 8,000 lebih permohonan anggota baharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, walaupun terdapat AJK di beberapa kawasan khususnya di Selangor telah meletak jawatan, namun organisasi PAS tidak terjejas dan masih kukuh sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.


Semalam, 18 AJK PAS kawasan Shah Alam meletak jawatan dan didakwa akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda Helmi Radzuan.

Rabu lepas, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta disertai 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan itu Jaafar Samsudin dan sembilan ketua cawangan dalam PAS kawasan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori