Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Daftar Tunggal Atasi...

JAKARTA - Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan...

UMNO Perlu Muhasabah, Terus...

SUSULAN kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, UMNO kini perlu...

15 Negara Eropah Gesa...

BRUSSELS – Sebanyak 15 negara Eropah menandatangani kenyataan menggesa Israel untuk membatalkan rancangan...

6 Pemberontak Maut Di...

SRINAGAR: Tentera kerajaan India di Kashmir membunuh enam suspek pemberontak dalam dua serangan,...

Peluang Malaysia Perbetul Persepsi Buruk Berkaitan Rasuah

KUALA LUMPUR – Tatkala negara berhadapan persepsi buruk berkaitan rasuah, Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 mulai Rabu menjadi medan terbaik untuk Malaysia menangkis tanggapan salah itu, sekali gus membuktikan kesungguhan mencegah rasuah adalah satu agenda penting negara.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah pertemuan pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dan berkongsi maklumat dan pengalaman membanteras rasuah seantero dunia, membuktikan negara ini telus untuk membincangkannya lantas menzahirkankan tindakan memerangi rasuah.

Bertemakan ‘Ending Impunity: People. Integrity. Action’ (Mengakhiri Kekebalan: Rakyat. Integriti. Tindakan), persidangan dwitahunan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk terus mengggiatkan usaha dan memperkukuh tindakan membanteras gejala buruk yang boleh meruntuhkan segala sistem.

Usaha memerangi rasuah di Malaysia akan terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan pendekatan, usaha dan strategi dilakukan secara konsisten, manakala penambahbaikkan dilakukan dari semasa ke semasa.

MENGAKHIRI KEKEBALAN

Membicarakan signifikan tema IACC, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata: “Bila disebut ‘ending impunity’, perkara pokok yang akan dibincangkan adalah mengenai bagaimana orang yang kebal daripada segi penyiasatan, daripada undang-undang (selama ini) tidak akan berlaku lagi kerana kita hendak menamatkan perkara ini.

“Lanjutannya ‘people. integrity. action’ pula membicarakan kesepakatan antara manusia kepada elemen integriti dan seterusnya kepada elemen tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap orang untuk membanteras rasuah.”

Dianjurkan dengan kerjasama Majlis Penasihat IACC, Transparency International (TI) dan Transparency International Malaysia (TI-M), IACC akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kira-kira 1,000 peserta dari 130 negara akan menghadiri persidangan itu.

Sejumlah 189 kertas kerja akan dibentangkan dan 38 bengkel diadakan sepanjang persidangan itu. Antara topik yang akan dibincangkan ialah apakah kuasa rakyat dan bagaimana ia memberi kesan kepada rasuah dan kekebalan; pembangunan sifar rasuah? memastikan rangka kerja pemantauan telus pasca 2015; menjalin hubungan dengan golongan profesional masa depan untuk mempelopori inisiatif anti rasuah; dan tindakan bersepadu membanteras rasuah (kebertanggungjawaban sosial).

Mustafar berkata ia membuka peluang kepada Malaysia untuk berkongsi 23 amalan terbaik dan mekanisme daripada segi pembaharuan undang-undang, pentadbiran serta penambahbaikan pendekatan memerangi rasuah.

Malaysia pernah diiktiraf Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) pada Mei 2013 atas kejayaannya dan amalan baik dalam 23 perkara berkaitan usaha memerangi rasuah.


Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, Malaysia berada pada kedudukan 50 daripada 175 negara berbanding ke-53 pada tahun sebelumnya.

“Tidak ada negara dalam dunia ini yang bersih sebersihnya dalam soal rasuah.
“Tetapi apabila ada, kita belajar daripada apa yang wujud dalam sesebuah negara, cara bagaimana langkah-langkah mengatasinya dibuat, penyiasatan dilakukan, pencegahan dan sebagainya,” katanya.

SPRM BEBAS

Tema persidangan IACC kali ini juga amat relevan dan begitu signifikan kepada Malaysia dan aspirasi SPRM.

Ketika negara berhadapan dengan persepsi negatif berkaitan rasuah akhir-akhir ini, Mustafar berkata kerajaan Malaysia dan SPRM bebas dan telus untuk membincangkan isu berkaitan rasuah, tanpa menyembunyikan apa-apa dan berkongsi dengan masyarakat antarabangsa.

“Kita meletakkan bahawa agenda mencegah rasuah ini sebagai suatu agenda penting. Apabila kita kata inisiatif-inisiatif, amanah terbaik yang kita zahirkan seperti Panel Penilaian Operasi… tindakan penyiasatan SPRM adalah bebas tanpa ditentukan sesiapa.

“Kita (SPRM) sebutkan tentang kebebasan dalam menyiasat tetapi mekanisme semak dan imbang ada. SPRM menyiasat jelas, untuk dakwa atau tidak, kita ada sistem kehakiman untuk menentukan seseorang itu (yang didakwa rasuah) salah atau tidak,” katanya.

Merujuk kepada keadaan semasa yang penuh dugaan dan cabaran ketika menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah kepada satu persidangan besar yang membincangkan tentang rasuah, beliau berkata isu dan cabaran yang dihadapi adalah satu peluang bagi mengambil tindakan untuk menangkis apa jua persepsi negatif dan menegakkan kebenaran, seterusnya melangkah ke hadapan.

Katanya solidariti SPRM bersama pihak di luar organisasi seperti parti politik, badan bukan kerajaan dan sektor swasta merupakan kekuatan kepada Malaysia yang saling bekerjasama dan bersatu dalam pencegahan rasuah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori