Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Doktor Main Cinta Dengan...

SEORANG doktor wanita hilang lesen perubatan kerana menjalinkan hubungan dengan seorang pesakit kanser...

Sisa Kondom, Katil Berselerak...

Sisa kondom terpakai, alat pelincir dan katil yang tidak terurus terus ditinggalkan pelacur...

Kemenangan Trump Tak Jejas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan dua...

Rembau Laksana ‘Buang Sampah...

REMBAU - Rembau menjadi lokasi pertama di negeri ini melaksanakan Sistem Pembuangan Sampah...

Pemandu Lori Didenda RM1,200 Kerana Cederakan Ibu Teman Wanita

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan ibu teman wanitanya tahun lepas, seorang pemandu lori didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas M Kunaseilan, 22, selepas dia mengaku bersalah mencederakan suri rumah G. Shanmugavally, 42.

Kunaseilan didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Intan Baiduri, Kepong, di sini pada 7.30 malam, 26 Okt 2014 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama teman wanitanya (anak mangsa) dan lima lelaki telah pergi ke rumah Shanmugavally dan menyuruhnya membuka pintu rumah tetapi mangsa enggan.


Tertuduh kemudian membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci lain lalu menolak wanita itu sehingga terjatuh dan memukulnya di kepala dan tangan sebelum melarikan diri bersama teman wanitanya itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala peguam R Murugan mewakili tertuduh. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori