Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Agrobank Lancarkan Kad Bisnes...

KUALA LUMPUR - Agrobank hari ini melancarkan KAD AGRO VISA DEBIT-i untuk peruncit...

Tingkap Kokpit Pecah, Pesawat...

TINGKAP kokpit yang pecah secara tiba-tiba menyebabkan sebuah pesawat membawa 128 orang membuat...

Netflix Amo Propaganda Pro-Duterte?

LAMAN video dalam talian Netflix baru-baru ini menerbitkan drama bersiri Amo yang berkisarkan tentang dadah...

Ahmad Faizal Letak Jawatan...

IPOH - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri...

Pemantau Bersih Halang Pengamal Media Jalankan Tugas

PEMANTAU serta sektretariat Bersih 4 di Dataran Merdeka mencetuskan provokasi terhadap pengamal media yang membuat liputan perhimpunan haram itu malam tadi.

Provokasi keterlaluan itu mencetuskan ketegangan di antara pihak media dan pemantau yang bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Tugas sebenar mereka adalah untuk menghalang peserta Bersih daripada menceroboh kawasan larangan, tetapi mereka bertindak sebaliknya dengan menghalau para wartawan, jurugambar dan juruvideo yang sedang menjalankan tugas.

bersih
Sekumpulan Pemantau Bersih yang menghalang pihak media daripada menjalankan tugas.

Tindakan ini membuatkan sekumpulan media tidak berpuas hati sehingga mencetuskan sedikit pertikaman lidah di antara mereka dengan pihak pemantau tersebut.

Menurut salah seorang wartawan, pemantau Bersih telah melakukan tindakan tidak beretika apabila menghalang dan memprovok sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pengamal media daripada melaksanakan tugas.

“Dia (pemantau) suruh balik lepas tu saya tanya polis adakah mereka menyuruh kami balik, tapi kami tak terima arahan polis.

“Kami hanya buat kerja kenapa nak halau kami balik? Kami hanya buat kerja kami,” katanya.


bersih1
Ketegangan tercetus di antara pihak media dan pemantau Bersih.

Insiden itu berlaku sebaik peserta bersurai kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, sebanyak 27 laporan diterima pihak polis sepanjang himpunan kuning itu berlangsung selama dua hari.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa, pihak polis telah membuka lima kertas siasatan dan seorang lelaki berusia 21 telah ditahan di Dataran Merdeka, pada Ahad kerana berkelakuan lucah.

Kesemua kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana kegagalan mereka mengemukakan kad pengenalan, apabila diminta polis. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YxfMhZHvUhY

Oleh:  JULIANA JOHAR 
Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori