Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Ahli Mesyuarat Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri...

Selesai Solat Lima Jenazah...

The Hague (Belanda) - Empat jenazah penumpang dan anak kapal MH17 disolatkan lebih...

Kerja Tak Penat Tapi...

WALAUPUN ditawar gaji ƃā€šĆ‚Ā£40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja...

Rogol, Aib, Trauma Dan...

KUALA LUMPUR - Jenayah seksual adalah igauan buruk bagi mana-mana kanak-kanak perempuan mahupun...

Pembangkang Sah ‘Hijack’ Acara Bersih 4.0

SELAMA berbulan-bulan, satu Malaysia malah satu dunia dikhabarkan perhimpunan haram Bersih 4.0 menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah bebas, berkecuali dan tiada penglibatan mana-mana parti politik tertentu.

Pengerusinya, Maria Chin bahkan mendakwa, di sebalik organisasi itu masih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (bahasa kasar: Bersih ialah pertubuhan haram!), ia tiada unsur-unsur pro kepada parti siasah.

Sebaliknya Bersih didakwa merupakan kononnya sebuah badan bukan kerajaan yang hanya menuntut proses perjalanan pilihan raya dilaksanakan penuh adil serta telus tanpa dicemari elemen penipuan dan sebagainya.

Itu katanya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya! Pendek kata rakyat Malaysia malah dunia habis ditipu ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“hidup-hidupƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ apabila realitinya Bersih 4.0 memang dibawa oleh pembangkang secara terang-terangan lagi.

Bukan rahsia, beberapa hari lalu beberapa tokoh DAP mengadakan sidang akhbar mengenai Bersih 4.0 bahkan siap mengedarkan lagi risalah untuk menyeru orang ramai hadir ‘memeriahkan’ perhimpunan jalanan tersebut.

Perkara itu turut disentuh ramai netizen media sosial selain para peserta Bersih 4.0 mempertikaikan kehadiran ramai pemimpin pembangkang, sekali gus mendakwa telah ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“hijackƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ atau merampas acara himpunan berkenaan.

Antara yang dilihat muncul dengan bangganya di sekitar kawasan tumpuan ramai peserta Bersih 4.0 ialah Ketua Pembangkang di Parlimen, Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.


Turut kelihatan amat menonjol sekali ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli selain beberapa lagi pemimpin terkenal parti itu masih sempat selfie wefie.

Tidak ketinggalan walaupun ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“takutƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ memakai baju T tertera perkataan Bersih 4.0; mungkin bimbang ditangkap pihak polis, ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Juga bekas pemimpin Pas yang kini sibuk menubuhkan parti baharu antaranya Mohamad Sabu, Sallehuddin Ayub, Abdul Khalid Samad selain tokoh-tokoh Gerakan Harapan Baru bagi ambil alih Pas dalam pakatan pembangkang.

Jelaslah, mereka belum lagi dapat memerintah Malaysia tetapi sudah ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“kantoiƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendalangi Bersih 4.0 secara terbuka; dan bukannya rahsia atau bermain sembunyi di belakang tabir.

Adakah ini yang rakyat mahukan jika menuntut proses demokrasi berlangsung bersih, walhal Bersih 4.0 itu sendiri pun sudah kotor kena ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“hijackƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ dan disiarkan media sosial penuh bangga oleh pembangkang. ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“Ćƒā€šĆ‚Ā Mynewshub.cc/HAA

# Rakaman ucapan pemimpin pembangkang pada Bersih 4.0 membuktikan perhimpunan itu memang jelas didalangi parti pembangkang.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori