Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PAS Dakwa Persatuan Hokkien...

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa Persekutuan Persatuan Hokkien tidak mengambil kesempatan untuk memahami...

Denggi: JKKP Periksa Tapak...

KUANTAN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang telah melakukan pemeriksaan di...

Lelaki Telan ‘Ubat Kuat’...

KESERONOKAN hanya seketika. Itu yang dialami oleh seorang wanita, Sadiat Adejuwon yang meninggal...

Pemuda UMNO Perlu Agresif...

PEKAN - Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO di seluruh negara perlu...

Penahanan Pegawai SPRM Jejas Siasatan – Mustafar

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengakui penahanan dua pegawai agensi berkenaan oleh polis semalam menjejas proses siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd (SRC) dan isu berkaitan dana RM2.6 bilion.

“Tentunya apabila ada tindakan diambil terhadap pegawai penyiasat yang melaksanakan kerja penyiasatan, tentunya ia sedikit sebanyak menjejaskan siasatan.

“Itu tidak saya nafikan kerana dalam masa kita menjalankan kerja siasatan, pegawai ini sendiri telah ditahan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM di sini.

Peralatan seperti komputer riba dan dokumen telah diambil polis, katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk siasatan SPRM dimuktamadkan, Mustafar berkata: “Saya tidak sebut bila siasatan akan selesai tetapi dalam tindakan kita yang telus dan profesional, kita tentunya nak melaksanakan kerja selancar mungkin”.


“Itu memang peranan kita berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) dan sebagainya tetapi selepas kita selesai nanti, tentunya akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian lanjut,” katanya.

Pada pukul 3 petang tadi, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai memberi keterangan berkaitan isu kebocoran maklumat siasatan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Selain itu, dua lagi pegawai SPRM yang memberi keterangan di IPD Putrajaya pada 5.30 petang tadi turut ditahan bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan polis beberapa jam kemudian. – BERNAMA

https://youtu.be/AByJpjgaC5g

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori