Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta Insolvensi Kurangkan...

BANGI - Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa mulai hari ini dijangka membantu...

Mayat Berbalut Dengan Tikar...

SATU mayat lelaki ditemui berbalut dengan tikar plastik ditemui terapung di sebuah terusan...

Wahid Pertahan Pelantikan Zafrul

TAN Sri Abdul Wahid Omar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Menteri...

Tujuh Pasukan Sertai Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah antara tujuh negara yang akan menyertai Kejohanan Futsal...

Penawar Demam Denggi Sudah Berada Di Pasaran

GEORGE TOWN – Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar kepada penyakit demam denggi sudah pun berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau malah memberi jaminan, ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu sebenarnya boleh didapati di semua hospital dan farmasi yang diedarkan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

“Buat permulaan, pihak kementerian hanya dapat mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi ubat jenis kapsul pula orang ramai boleh membelinya di mana-mana farmasi,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini pada Sabtu.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy.

Sebelum ini, masyarakat tempatan khasnya penduduk luar bandar sering menggunakan rebusan daun betik sebagai penawar tradisional untuk merawat penyakit maut bawaan nyamuk aedes itu.

Ini kerana belum ada lagi ubat secara khusus dicipta di dunia bagi merawat denggi sehingga menyebabkan ramai mangsa maut apabila mereka gagal diselamatkan pada peringkat kritikal.


Dalam perkembangan lain, Dr. Hilmi berkata, Kementerian Kesihatan belum lagi membuat keputusan muktamad berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok).

“Masalah hanya timbul apabila anak-anak muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan daun ketum. Ini yang dilarang,” katanya.

Beliau berkata pihak kementerian itu sedang menggubal akta baharu untuk perokok serta hasil produk tembakau yang turut merangkumi penggunaan e-rokok dan shisha.

Katanya, pada ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori