Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Derita Penyakit...

KUALA NERANG - “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Itulah perumpamaan yang...

Hospital Rembau Dinaik Taraf...

REMBAU: Hospital Rembau (HR) dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor bagi mengimbangi kesesakan...

Wee Jeck Seng Calon...

JOHOR BAHRU - Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck...

Kenderaan Berat Hanya Boleh...

SUNGAI BULOH - Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya...

Penerokaan Tanah Secara Haram Di Perak Didalangai Sindiket Besar

IPOH – Sindiket besar didalangi oleh orang dari luar Perak dikesan menerokai ribuan hektar tanah kerajaan secara haram termasuk di kawasan sempadan negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket tersebut berkomplot dengan pihak tertentu termasuk petani untuk mencuri kayu balak dan kemudian membersihkan kawasan tersebut untuk tanaman lain seperti kelapa sawit dan sayuran-sayuran dan sebagainya.

Selain kawasan sempadan negeri, sindiket ini menjalankan akiviti penerokaan tanah secara haram antara lain di Seri Iskandar dan Tanjaong Malim.

“Saya tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku di negeri Perak,” katanya pada sidang media selepas menggulung perbahasan usul pelan pembangunan lima tahun negeri di bawah Rancangan Malaysia ke-11 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini.

Zambry berkata untuk menangani perkara ini, kerajaan negeri sudah menubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pejabat Tanah dan Galian.

Terdahulu, ketika menjawab soalan pada persidangan DUN, berhubung cadangan ADUN Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim agar tanah yang diteroka secara haram khususnya di kawasan sempadan dijadikan ladang rakyat, katanya ia bukan hanya berlaku di kawasan sempadan.


Beliau berkata antara punca penerokaan tanah secara haram di negeri itu disebabkan terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan dan ia dilakukan oleh satu gerakan yang begitu tersusun oleh sindiket besar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kerajaan negeri tidak mempedulikan isu penerokaan tanah kerajaan oleh petani.

“Kita tahu kes-kes yang terlibat sama ada tulen atau tidak serta asas mereka menjadikan tanah itu sebahagian daripada sumber pendapatan mereka kerana kita telah menyelesaikan kira-kira 44,000 kes berkaitan.

“Jadi untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional antipetani atau kita seolah-olah langsung tidak berhati perut dan tidak mengambil tahu langsung akan nasib petani adalah satu pembohongan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori