Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kapal Dagang Asing Ditahan...

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal dagang asing tanpa muatan ditahan di perairan Pengerang,...

Amah Dan Kekasih Bunuh,...

PARIS - Seorang amah warga China mendakwa bertindak mempertahan diri ketika membunuh dan...

Letakkan Integriti Sebagai Asas...

IPOH - Pimpinan Pakatan Harapan (PH) khususnya yang beragama Islam perlu bebas daripada...

Rumah Fizo Omar Pertama...

PELAKON dan pengacara Fizo Omar tidak menyangka rumahnya yang terletak di Kampung Selising, Pasir...

Penganggur Didenda RM2,200 Cederakan Lelaki Berperwatakan Wanita

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan seorang lelaki berperwatakan wanita, seorang penganggur didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Zaidi Shadan, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah mencederakan Mohd Salleh Mohamed, 35, di Lorong 2, Jalan Haji Taib 2, Dang Wangi, di sini pada pukul 8.50 pagi, 18 Ogos lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Muhammad Zaidi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.


Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di tempat kejadian, tertuduh secara tiba-tiba telah datang memarahi mangsa dan memukulnya di bahagian tangan dan tumit kaki menggunakan kayu. Pergaduhan itu dipercayai berpunca kerana cemburu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia menyesal kerana bertindak mengikut emosi dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira faktor kepentingan awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori