Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Raptai Penuh Istiadat Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Raptai penuh Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13...

Rogol Gadis 19 Tahun:...

KUCHING - Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur...

Norza Hormati Keputusan Lee...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria...

Oksana Dedah Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi detik pertemuan dengan...

Penganggur Dipenjara 6 Bulan, Sebatan Kerana Curi Coklat

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang tidak serik selepas baharu dua minggu dibebaskan atas kesalahan dadah, dipenjarakan sekali lagi kerana mencuri di sebuah pasar raya.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Zaihairi Don, 31, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 paket coklat Cadbury di pasar raya Cold Storage, Berjaya Times Square, Jalan Imbi di sini pada pukul 10.30 pagi semalam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap, semalam.

Zaihairi didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Ashraf Rezal turut memerintahkan tertuduh disebat sekali kerana ini merupakan kesalahan mencuri kali kedua selepas melakukan kesalahan pertama pada 2014.


Dia dipenjara lima bulan tahun ini atas kesalahan memiliki dadah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa minta mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi mencegah tertuduh mengulangi kesalahan, tetapi Zaihairi yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana katanya, dia perlu menanggung tiga adik. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori