Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nampak Bakal Majikan ‘Stalk’...

DALAM era serba canggih ini, laman sosial seolah-olah sudah menjadi satu keperluan untuk...

Malim Gunung Kinabalu Jadi...

RANAU - Tiga pendaki, iaitu antara 137 pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu,...

Aksi Remaja Tempah Maut...

MOSCOW – Seorang remaja Rusia maut terjatuh dari sebuah jambatan kereta api selepas...

Golongan Penoreh Getah Lega...

PENDANG - Kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri...

Penganjuran Bersih Tidak Seperti Dulu – PAS

KOTA BHARU – Pas mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana krisis dalaman pakatan pembangkang serta matlamat penganjurannya yang dilihat tidak sama seperti dahulu.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz berkata, malah sikap penganjur yang menjemput parti itu menyertai perhimpunan haram tersebut pada saat-saat akhir menunjukkan mereka ada agenda tersembunyi.

“Pas tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4.0) sebab krisis dalam pakatan pembangkang dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap Pas.

“Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun Pas bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru (GHB), jadi kita perlu berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama akar umbi Pas dalam program Wacana Kemerdekaan Kawasan Ketereh di pejabat Pas kawasan tersebut di sini semalam.

Hari ini akhbar melaporkan Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan anarki yang mahu mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 bermula esok sehingga Ahad ini.

Nik Mohd. Abduh bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan haram tersebut esok kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini.


“Pas setuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.

“Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.

“Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

https://www.youtube.com/watch?v=Vfs1qiZn8C8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori