Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agensi Keselamatan Thai Waspada...

BANGKOK - Agensi keselamatan Thailand diarah supaya berwaspada dan terus memantau rapi keadaan...

Orang Utan Sumatera Tertua...

PERTH - Orang utan Sumatera tertua di dunia yang memiliki 11 anak dan...

VX Agen Saraf Paling...

KUALA LUMPUR - Agen saraf VX yang dikesan pada muka warga Korea Utara,...

Wanita Maut Digilis Lori...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut digilis lori bermuatan kelapa sawit setelah terjatuh...

Pengguna E-Rokok Mahu Penggunaan Dikawal Selia

PETALING JAYA – Pengguna rokok elektronik atau e-rokok meminta supaya penggunaan alat tersebut dikawal selia dan perolehannya dilakukan secara meluas.

Ini kerana kata penguna, dengan mewujudkan larangan terhadap e-rokok, ia tidak akan menghentikan mereka daripada tabiat merokok.

Dalam satu kaji selidik terhadap perokok dewasa di Malaysia, sebuah kumpulan sokongan pengguna serantau mendapati e-rokok sebagai “alternatif yang postif” kepada bahan tembakau.

Pengasas bersama factasia.org, Heneage Mitchell berkata, 75 peratus responden akan mempertimbangkan untuk membeli e-rokok di luar negara mahupun saluran lain sekiranya alat itu tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Berdasarkan tinjauan itu, kira-kira 26 peratus daripada mereka telah pun mendapatkan e-rokok mereka secara dalam talian.

Oleh itu, katanya, larangan terhadap alat itu hanya akan membantu merancakkan lagi pasaran gelap berikutan terdapat permintaan di kalangan pengguna.

Beliau berkata, bilangan orang dewasa rakyat Malaysia yang merupakan pengguna e-rokok atau lebih dikenali sebagai ‘vaper’ antara 250,000 dan sejuta orang.

“Adalah jelas mendapati terdapat keperluan buat Malaysia untuk mengawal selia industri ini, dengan menetapkan standard dari segi kualiti, cukai produk secara rasional dan memastikan ia hanya dijual kepada orang dewasa.

“Larangan terhadap alat itu hanya akan menjadi satu kesilapan kerana seperti bahan tembakau secara konvensional akan mengakibatkan pasaran gelap berkembang maju,” katanya.

Satu tinjauan secara dalam talian terhadap 404 perokok di Malaysia bagi menilai pandangan pengguna terhadap alternatif yang lebih baik bagi menggantikan rokok konversional.


Tinjauan turut dikendalikan di Hong Kong, Singapura, Australia, Taiwan dan New Zealand.

“Di Malaysia, 100 peratus mereka yang melakukan tinjauan itu mengetahui bahawa e-rokok dan 69 peratus daripada mereka pernah atau sedang menggunakannya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk melindungi pengguna.

“Mereka mahu tindakan yang positif daripada kerajaan,” katanya dalam satu temuramah pada Jumaat.

Pada 28 Jun lalu, Sunday Star melaporkan mengenai industri e-rokok yang semakin berkembang di negara ini.

Walaupun industri itu bernilai separuh bilion ringgit, pasaran itu masih belum dikawal selia tidak seperti kebanyakan negara lain sama ada ia dilarang mahupun dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kumpulan kerja teknikal mengkaji mengenai kesan e-rokok kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling.

Laporan kajian yang turut merangkumi tentang e-rokok sebagai alternatif dan alternatif mengurangkan tabiat merokok, akan digunakan sebagai satu dasar baharu terhadap aktiviti e-rokok di negara ini. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori