Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Tidak Langgar...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menegaskan, pihaknya tidak melanggar kontrak dengan YTL Communications Sdn....

Neelofa Beri Kerjasama Siasatan...

KUALA LUMPUR - Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, sudah memberikan kerjasama baik...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dan laut bergelora di perairan Phuket...

“Dalam Proses, Tapi Belum...

SELEPAS beberapa lama bermain tarik tali tentang status rumahtangganya, Serina Redzuawan akhirnya membuka...

Pengisytiharan Harta Sudah Lama Diamalkan Di N.Sembilan

SEREMBAN – Pengisytiharan harta bukan suatu perkara baru tetapi ia sudah lama diamalkan di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, beliau telah membuat pengisytiharan harta sejak mula dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2004 sehingga kini.

“Setiap kali saya dilantik (semula) sebagai Menteri Besar, saya akan membuat pengisytiharan harta dan akan menghantar pengisytiharan harta berkenaan kepada Perdana Menteri dan salinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sementara pengisytiharan harta anggota Exco dan Speaker akan dihantar kepada saya dan salinan diberikan kepada SPRM. Itu amalan kita di Negeri Sembilan. Perkara ini sudah lama dibuat tetapi tidak dihebahkan kepada umum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersama 12 Exco kerajaan Pahang yang akan mengisytiharkan harta masing-masing, sebagai usaha berterusan menangani rasuah.


Mohamad berkata salinan pengisytiharan harta itu juga diberikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya tidak perlu tahu berapa banyak aset orang lain ada. Apa pun, saya sebagai Menteri Besar perlu isytiharkan aset.

“Selagi saya menjadi Menteri Besar, semua orang (berkaitan) perlu mengisytiharkan aset mereka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • harta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori