Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Sanggup Jual Anak...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Lelaki ini, Zhang, sanggup menjual bayi lelakinya yang berusia...

Kekangan Kewangan Tak Jejas...

KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed...

Pelajar Perempuan Selamat Cubaan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan tingkatan lima terselamat daripada cubaan culik oleh...

Ganja Lebih 111kg Dirampas,...

Kuantan : Polis mengesahkan rampasan lebih 111 kilogram (kg) dedaun kering kehijauan disyaki...

Peniaga Kedai Runcit Mati Ditembak Di JB Malam Tadi

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga kedai runcit mati ditembak dari jarak dekat di kawasan letak kereta awam di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pelangi, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.25 malam ketika mangsa dipercayai baru selesai membeli belah di pasar raya berkenaan.

“Ketika sedang memasukkan barangan ke dalam keretanya, mangsa ditembak dari jarak dekat, mengakibatkannya rebah dan mati di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Butiran mengenai mangsa lelaki berusia 35 tahun itu terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan dan kepentingan siasatan, kata Sulaiman.

Menurutnya, setakat ini polis belum dapat mengenal pasti suspek yang menembak mati mangsa, namun yakin hanya satu tembakan dilepaskan yang terkena bahu kiri mangsa sebelum tembus keluar melalui bawah ketiak kanan.

Berdasarkan penemuan satu kelongsong peluru dan beberapa barangan kes lain di tempat kejadian, polis juga percaya senjata yang digunakan adalah jenis semi auto.


“Setakat ini, tiada saksi yang tampil dan kenderaan yang digunakan mangsa tidak mengalami kerosakan akibat tembakan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.
Menurut Sulaiman, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Polis juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat, menghubungi balai polis berhampiran atau talian Hotline 07 – 2218 999. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori