Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gaji Pokok Baharu Kumpulan...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam...

Gembira, Teruja Pandu Lori...

SHAH ALAM - Seorang anak peneroka Felda Jengka 15, Pahang antara pemandu lori...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda barat...

Tengku Adnan Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan...

Penjaga Parkir Dipenjara Setahun Curi Kereta Ahli Perniagaan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri kereta milik ahli perniagaan, seorang penjaga parkir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Baruni Basyirrin Azman, 25, selepas dia mengaku bersalah mencuri kereta milik Hifzan Che Mat, 30, di Jalan Doraisamy, Dang Wangi di sini pada kira-kira 5.30 pagi, Ahad lepas.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Ogos.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa pengsan di sebelah keretanya di tempat parkir kereta yang dijaga tertuduh, dan mendapati keretanya telah tiada ketika sedar semula pada 8 pagi hari berkenaan.

Siasatan rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta mangsa dilarikan penjaga parkir berkenaan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas tertuduh selepas dia mengaku bersalah memiliki telefon bimbit dan set tripod curi bernilai RM2,000 milik Hafiizh Che Mat, 35, di dalam sebuah rumah di Taman Rahmad Jaya Kundang, Rawang, Selangor pada 1.30 pagi Selasa lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistaman memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu dan bapanya yang lumpuh serta menghidap sakit jantung dan kencing manis.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bagi kedua-dua pertuduhan bermula dari tarikh dia ditangkap pada Selasa lepas.

Selepas prosiding berakhir, tertuduh memeluk ibu dan bapanya yang berkerusi roda sambil menangis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori